Sunday, December 26, 2010

terlampau banyak tanda soal.


(when i am bored at a kenduri)

*sigh*

aku sedang mencuba cari fungsi aku didunia yang terlampau luas ini. aku cuba sebaik mungkin. aku cari dari pelbagai sudut. sungguh aku cuba. tetapi, aku tak boleh larikan diri aku dari perasaan kosong yang makin hari makin besar membiak di benak jiwa aku. hinggakan aku takut, ianya akan melebihi daripada apa yang aku mampu tanggung. tapi Allah maha Besar. Dia tahu sebanyak mana aku boleh tanggung dan aku tahu Dia takkan bagi lebih daripada itu. aku sayang Tuhan aku yang memahami aku lebih dari aku sendiri, tapi sayang, aku perlukan komunikasi. ya, aku tahu Allah mendengar segala apa yang aku katakan, tetapi, aku pun manusia, aku takkan pernah berhenti mementa dari yang Esa. aku pinta ada yang menjawab persoalan aku dan ada yang berada di depan mata kasar aku untuk mendengar keluhan aku yang memanjang. atau mungkin sekadar peneman ketawa.

aku rindu teman-teman aku yang menyemak di dalam hidup aku dan aku tak pernah berhenti bersyukur kerana Kau telah mengenalkan aku pada mereka-mereka. cuma bila mereka tiada dan tatkala keluarga semua menutup mata merehatkan jiwa, aku terasa kosong. aku membega-bega talifon bimbit, cuba mencari manusia yang kalis bosan pabila dengar cerita kosong aku. tapi segan pula mahu ambil masa mimpi mereka dan dibazirkan pada aku.

entah, aku cuma benci rasa kosong yang beranak-pinak dalam benak minda dan jiwa aku. rasa tak selesa. rasa terdedah. rasa hollow. rasa seperti jiwa aku bergema, memberontak menjerit mahukan sesuatu yang aku sendiri tak mampu aku boleh beri. terlampau kuat berontaknya, terlampau kuat gemanya, hinggakan aku rasa perlahan-lahan jiwa aku mula retak.

payah, jadi manusia yang kuat merungut. ya Allah, aku perlu berhenti jadi pengomel yang meluatkan hati semua orang. menjijikkan mata yang memandang.

coretan.sekadar.kosong.
jazmin.

pengakuan: maaf, gambar di atas tiada motif. cuma kosong.
ps: separuh kata tak sabar mahu mula sekolah, mula belajar, kenal semula diri sendiri. separuh lagi yang robek jiwanya hanya mengeluh, menggeliat dan tak bergerak. orang tongong.

aku rindu. argh! shoot.





No comments:

Post a Comment