Friday, December 3, 2010

Cerita.

assalamualaikum.



ya, aku dalam mood untuk menulis malam ini dan, ya, aku akan bercerita. bagi sesiapa yang tak punya kesabaran yang tinggi ataupun keupayaan intelektual sekalipun, kamu orang tak patutlah teruskan membaca kerana aku bagi amaran terahulu. ianya panjang lebar.

*aku* adalah orang lain di dalam entri ini.


pada suatu hari, aku tak semacam tak sedar apa istilah kehidupan didalam hidup aku. seolah, hidup aku macam tiada inti serta tiada cerita dan aku tak kenal warna kerana bagi aku, dunia ini adalah hitam dan putih. baik dan jahat. kaya dan miskin. cantik dan hodoh. pandai dan bodoh. tabah dan lemah. laju dan lembab. hitam dan putih. ianya terlampau literal bagi aku, kerana jika kau kaya, kau boleh jadi baik didepan mata semua, dan jika kau kaya, kau boleh jadi cantik pandai, berlagak tabah.


hitam dan putih.



dan dalam pelbagai senarai yang telah aku coretkan, aku ini tak layak dikategorikan di mana-mana kategori pun kerana hakikatnya, aku tak diterima di dunia yang warnanya hanya dibias dengan hitam dan putih. aku tak diterima kerana aku punya warna yang lain. hanya sekilah merah, aku ditendang keluar daripada dunia. hanya kerana aku ini unik, lain, dan berbeza, aku ditendang keluar daripada dunia yang sekadar hitam dan putih.


kerana itulah, dunia ini tak punya istilah dalam hidup aku. ianya kadang-kadang terlampau kejam dan kadang-kadang terlampau bosan.



dan kamu orang tahu tak apa yang perlu aku lakukan semata demi tidak ditendang keluar oleh dunia? aku perlu jadi penipu. pelakon kalau kamu orang mahu didalam istilah yang ada kelas. aku perlu menjadi hipokrit. dan aku perlu lari dari diri aku sendiri. penyeksaan yang paling sakit ialah, aku perlu sorokkan segala warna yang mahu pecah keluar dari jiwa aku. aku perlu pendam. aku perlu diam.



apa kamu orang tahu betapa susahnya? hah? seolah-olah kamu orang mahu bersuara tetapi tekak katakan tidak dan dibiarkan kata-kata kamu ditelan semula dan disimpan kembali di dalam dada. seolah-olah kamu terkial-kial mahu berenang di lautan yang kamu tak mampu. seolah-olah menyimpan airmata didalam dada walaupun kamu sedang sendiri. seolah-olah, kamu hidup bukan demi kamu, tetapi semata kerana mahu diterima dunia.



kamu hidup semata mahu diterima dunia.



sakit bukan? matlamat yang aku mahu bukanlah hidup untuk diterima dunia. aku mahu hidup untuk tuhan, abahemak, adik-adik,keluarga, sahabat. aku mahu hidup mencari pahala. aku mahu hidup mencari apa erti dunia. aku mahu hidup ditemankan warna. aku mahu menyerlah. aku mahu diterangkan dengan cahaya floresen. aku mahu hidup berbahasakan kata-kata. aku mahu jadi aku.


ya, aku mahu hidup untuk jadi diri aku.



bukan untuk diterima dunia. jadi, aku mahu berhenti menipu untuk dunia. aku mahu berhenti pendam demi dunia. aku mahu berhenti diam demi dunia. aku mahu berhenti jadi hipokrit demi dunia.



pergi mampuslah dengan dunia yang terlampau literal dan lebih mengagunggkan hitan dan putih. aku akan berhenti kisah tentang hal remeh yang tak ada baiknya. serius, aku akan berhenti.


di saat ini kau kenal aku, aku adalah aku yang boleh bangun sendiri dan hidup bukan untuk bersembunyi. akan aku biarkan mulut binasa mengata. mata mengerling bisa. bibir mencemuh nama. jari dituding merata. kata dibiarkan hina.


aku akan biarkan dan letakkan ianya di dalam karung yang aku label 'bodoh' kerana itu memang faktanya. hei, kalau kamu orang hidup didunia yang disimbah warna, tiada apa yang patut kamu orang kisahkan. kita semua berbeza dan aku hormat perbezaan antara kita semua.



kerna di dunia warna, kita semua sama kerana kita semua warna. kalau di dunia hitam dan putih, kamu akan sentiasa dikategorikan, dinilai, dan dilabel, sama ada kamu hitam atau putih.



hei, harmonikanlah hidup kamu orang semua dengan warna, kerana, hei, kenapa mahu hidup demi diterima dunia? kau orang lupakah? tanpa kita, mana ada dunia.


*senyum*




coretan.bebelan.kegilaan.
Jazmin.


pengakuan: okay, mungkin 'aku' diatas adalah aku. aku tak tahu kenapa aku cakap ianya bukan aku. entahlah. mungkin aku malu tapi akhirnya, muka aku ditepek bedak berinci. manalah aku reti malu.

ps: told-you-so. panjang lebar. siapa suruh kamu orang baca. *ketawa*

pps: hei, warna pun ada larinya, tetapi, ianya seni, oleh itu, jangan pernah malu dengan salah silap sendiri.



salam.

No comments:

Post a Comment