ini cerita tentang perempuan yang kosong. kalau kamu orang ada semangat untuk baca hingga ke penghujung, serius, saya angkat tangan dan ucap, 'tahniah'. hebat.
pada suatu hari. ada seorang perempuan yang kosong jiwanya. kosong. tiada cinta, tak pernah muncul rasa sayang, tak bertemankan siapa-siapa yang dibiarkan untuk menetap di hati. bukan bapanya yang tinggalkan dia terkontang-kanting. ditinggalkan dia dengan si ibu yang tak pernah ada secalit rasa kasih pada perempuan. ibu seorang wanita yang hidupnya dikelabukan dengan asap rokok, di tiupkan haruman alkohol dan diserikan dengan maki-hamun. aktiviti yang memberikan kebahagiaan serta keseronokan bagi si ibu adalah perempuan.
tiap petang, musik yang didendangkan dirumah perempuan dan ibunya adalah teriakan yang menyatakan betapa hodoh, bangang, bodoh, perangai babi yang dipunyai oleh perempuan. tiap malam, pipi perempuan bersantapkan tamparan yang berdesing, terngiang-ngiang hingga ke malam. pagi pula, perempuan ke sekolah, dipaksa oleh ibu, katanya, tanpa education, baik kau mati macam bangkai je babi! disebabkan dia tidak mahu menjadi babi, dia kesekolah, walaupun tiada yang mahu berteman.
biarlah. ujar perempuan sendirian kerana, buat apa teman jika semuanya bertopengkan syaitan. jadi, hidupnya di alam persekolahan, memang sunyi, tanpa bunyi. tetapi musiknya bersama si ibu masih lagi dimainkan setiap hari. rutin katanya. desingan bunyi yang melekat di gegendang masih lagi terngiang-ngiang. terkesan katanya.
hinggalah satu hari, perempuan di kejutkan dengan deringan talifon di siang hari. lelaki itu berkata, ibunya terlantar di hospital. dikejarkan kakinya sepantas mungkin ke hospital yang diperkatakan oleh lelaki tadi.
ibu. katanya sebaik saja perempuan bertemu dengan ibunya yang diam, kaku, terbaring. bibirnya seakan warna bibirnya sendiri, pucat, putih, dan di hujung bibirnya, ada bulatan biru. persis seperti dia. ibu? panggil perempuan lagi. diam.
mungkin betul.
perempuan terfikir sejenak.
mungkin dia manusia. mungkin dia mati.
betul, ibunya mati. perempuan cuba memanggil. menjerit. memaki hamun ibunya di khalayak semata-mata mahu ibunya bangun, menggubah musik derita di telinga perempuan sekali lagi. perempuan memekik. ibunya tetap kaku. dia pegun. ini ibu aku kah? bisiknya pada lelaki yang duduk dengannya. lelaki mengangguk diam. bukan. perempuan berkata perlahan. dipandang wajah lelaki yang dari tadi diam, melihat perempuan menjerit meludah air di wajah ibunya sendiri. bukan.
lantas, perempuan bangun dan berdiri tegak didepan ibu. badannya menggeletar, seperti tali violin yang sedang digesek. airmatanya beralun indah di kerak pipi. lelaki hanya melihat dari belakang. indah. kata lelaki di dalam hati. lelaki melihat tangan perempuan yang menggeletar naik ke udara perlahan-lahan seperti menari-nari memanggilnya. tetapi, dia duduk diam dibelakang. hanya memerhati kelembutan perempuan yang menggeletar. indah jernih airmatanya, ingin si lelaki usap perlahan. tetapi, sekali lagi. dia terlampau pegun untuk bergerak.
perempuan setan. bisik perempuan di dalam benak jiwanya. tangan yang tadinya berada di udara sekarang, menjadi bekas penampar di wajah ibu. hoi! perempuan terdengar suara dari belakangnya. dia tak menoleh kerana, buat pertama kali setelah sekian lama, ada perasaan yang terbit di dalam jiwanya yang dulunya kosong. seolah-olah, dia baru sedar, yang dunia ini bukan lagi hitam dan putih. terdapat pelbagai lagi jenis musik yang si perempuan dengar selain suara bengis maki-hamun ibu.
ada yang memegang tangan perempuan kuat. bukannya dengan cara dendam, tetapi, berhati-hati, perlahan, walaupun kuat, ianya tenang. perempuan menoleh.
awak. dia dah mati.
lelaki hanya diam dan memerhati wajah perempuan yang ada lebam hitam di bawah matanya, sepeti lima hari berturut-turut, dia tidak melelapkan mata. di hujung bibirnya ada kerak darah yang menunggu masa untuk menjadi halimunan semula. pipinya yang ada lebam biru gelap yang menyerlah. air mata menyanyi lagu ngilu buat si lelaki mendengar.
sakit.
lelaki sekali lagi mendiamkan diri. takut dia akan kecaikan si perempuan kerana di begitu halus dan rapuh. tetapi, dikuatkan genggam tangannya, kononnya memberi semangat padahal, si lelaki takut dia yang jatuh melihat pedih perempuan.
awak.
ya?
tolong.
to be continued. inysa Allah.
coretan.cerita.pendek.
jazmin.
pengakuan: aku dapat ilham mahu bikin cerita pendek selepas membaca entri wani ardy. serius. dia antara idola yang paling aku tabik.
ps: creative writing, say hello to your new master. me (:
bila sambungannya?!!!
ReplyDelete