Wednesday, December 1, 2010

(:

assalamualaikum.



entah, apa yang patut aku ceritakan pun aku tak tahulah. tapi yang pastinya aku mahu menulis dan disinilah aku boleh katakan apa yang aku mahu. ya, aku mahu menulis dan aku masih lagi tak jumpa mana titik aku.



ya, aku punya ramai kawan-kawan yang menjadi penguat jiwa aku. dan alhamdulillah, aku berterima kasih pada Allah kerana, Dia telah temukan aku dengan mereka-mereka yang sekarang sudah menjadi separuh dari diri aku. ya, terimaksih Ya Allah.



tetapi, entah, aku masih lagi berasa kosong. bagai ada lubang di dalam lubuk hati yang ditebuk luas. aku sama sekali tak mahu perasaan itu. kekosongan yang makin menyerlah dari hari ke hari. hey! aku tak perlukan kekosongan itu lah!



macam mana untuk aku jelaskan perasaan ini. ohh, macam melakukan sex dan tak capai kepuasan atau tak jumpa g-spot. makan makanan yang tawar. cuba mengingat sesuatu yang kita baru ingat dan kemudian terlupa. macam itulah kekosongan yang aku rasa. dan aku pasti, bukan aku seorang saja yang rasa jadi, aku takkan mengeluh dan mendengus merengus akan betapa teruknya hidup aku, kerana, tidak, hidup aku tidak teruk sama sekali, Alhamdulillah. ramai lagi yang malang nasibnya dan aku cukup bertuah.



so, i am not complaining.



dan hati aku semakin keras. kott. mengikut perasaan aku, aku dapat rasakan perbezaan di hati aku. bagaimana aku rasa. yang aku pasti, kott, aku takkan jatuh seperti mana aku pernah satu ketika dahulu. sayang kan?



*ketawa*



ahh, mampuslah. yelah, ambil masa bukan? dan aku tak kisah. ya, kadang-kadang mungkin aku akan rasa rindu dan perasaan kosong itu akan menyedut jiwa aku seperti lubang hitam tetapi, mampuslah! itu ikut masa sahaja. dan, lagipun aku dah terbiasa dengan perasaan tersebut. mungkin aku masih lagi keliru tetapi, bila sudah hari-hari aku lakukan, ianya menjadi benda biasa.



satu- hari-hari aku menangis tanpa sebab dan bersebab, tetapi yang pastinya aku akan menangis dan, ya, aku sudah tidak kisah. mungkin aku akan jadi lebih keliru dengan perasaan aku tetapi, hey, ini zaman remaja bukan? kita memang sepatutnya rasa begini.



kita memang sepatutnya patah hati, hancur jiwa, keras hati, ditebalkan dengan pengalaman. yelah, di saat-saat beginilah kita akan menjadi tabah dan jiwa kita akan dibekalkan dengan perisai yang tahap paling gempak!



dan sekali lagi aku bersyukur sebab aku dikurniakan dengan pengalaman yang mampu mematahkan serta kecaikan aku ke abu dan kemudiannya kebalkan aku dengan baju kalis perasaan mungkin. okay, mungkin cara aku menghuraikannya agak keterlaluan tetapi, apalah yang aku kisah bukan?



*ketawa*



jadi, pengajarannya ialah, kita sama sekali tidak boleh complain sebab, hey, ramai lagi yang lebih susah di luar sana. oleh itu, akan aku kurangkan keluhan aku. aku akan cuba dan insya Allah. dan aku akan sentiasa cuba senyum tak kira pedih macam mana pun kerana, perasaan aku telah dikosongkan dan di tebalkan.



hey, maaf jika aku terlampau keras dengan sesetengah manusia. maaf. aku tak mahu bukakan pintu aku lagi. aku takut sebenarnya. ya, bila dah sekali rasa sakitnya, aku takut.



*senyum*



pergi mampuslah! apa aku kisah! ahahahahahah!! sorry. didn't mean that. lalalalalalal~ on the way to make a new video. yeayy! (i kept saying 'yeayy' because of annoying orange. thanks orange. i want to be your apple)



*kentut*
*senyum*
*menguap*
*ketawa*
*kesat air mata*



coretan.takada.makna.
Jazmin.



pengakuan: sejauh mana aku akan pergi, awak tetap takkan hilang dan aku perlu terima fakta tersebut. awak merupakan orang yang pertama buat aku. jadi,

i may flinch when i heard your name.

i may blush when i look back at our times.

i may jump when i hear your voice.

i may cry when i look at your face dirctly.

and, i may fall for you all over again.



i may regret.

but, yeah. erm. yep. i am yet again confused as ever.


No comments:

Post a Comment