sudah lebih seminggu atau mungkin dua, aku tak punya apa-apa idea untuk menulis. membikin lirik ataupun puisi. aku beli buku puisi, aku kaji puisi, aku baca sonnet, aku kagum dengan hasil seni yang menggunakan perkataan. aku tidur bersebelahan dengan buku (dan baju fav). ya, usah ditanya, aku memang bengang. ini cuti sekolah! dan aku perlukan sesuatu. heshh. aku mahu menulis puisi, menyanyi lagi, meramas ukelele dan guitar.
ini entry kedua aku pada hari ini dan aku perlukan sesuatu. sudah puas aku fikir. dan aku harap, by new year, aku perlu ada hasil seni. aku perlu ada tarikh tamat, jika tidak, aku tak komitted.
benci apabila terkena writer's block.
coretan.yang.frust.
jazmin.
jazmin.
pengakuan: aku perlu menulis jika tidak, minda aku jadi sesak. penuh dan tidak betul. aku perlu bernafas, oleh itu, aku perlu penulisan.
ps: ya, memang agak klise, tetapi, betul.
ps: ya, memang agak klise, tetapi, betul.
No comments:
Post a Comment