bakal kekasih,
maafkan aku. jika kau tutur istilah 'sehidup semati' aku tak bakal percaya. sungguh. istilah tersebut tak wujud di dalam kamus hidup aku lagi sekarang ini wahai bakal kekasih. maaf aku pinta dari awal. jika kau mati, kau mati sendiri dan jika aku mati, kau tak akan. heh. 'sehidup semati' mengarut sungguh.
bakal kekasih, maafkan aku,
aku mungkin tiada jiwa romantis dan hati aku akan ada tembok. kalau kau mahu tembus, maafkan aku, aku tak akan benarkan kerana aku tahu, kalau kau masuk, aku bakal sakit dan aku takkan biarkan diri aku sakit disebabkan kau, bakal kekasih.
maafkan aku bakal kekasih, aku tak percaya.
maafkan aku jika, aku berlagak sepeerti aku tak perlu kau. mungkin aku mahu tegakkan ego aku kerana aku perempuan yang gila ego dan aku takut untuk beri secebis rasa sayang pada kau. atau mungkin aku tak perlukan kau
bakal kekasih, maafkan aku. aku tak percaya. segala kata-kata kosong, madah-madah klise, pandang-pandang mata.
maafkan aku bakal kekasih, aku tak percaya..
coretan.yang.gila.
jazmin.
jazmin.
pengakuan: pfffttt, macamlah aku akan ada bakal kekasih. aku cuma berangan. kalau mahu berkarya perlulah ada di awang-awangan bukan?
ps: *ketawa* maafkan aku bakal kekasih.
pps: maklumlah, kata-kata semua orang boleh tutur, tetapi yang bermaknya? tak ada.
ps: *ketawa* maafkan aku bakal kekasih.
pps: maklumlah, kata-kata semua orang boleh tutur, tetapi yang bermaknya? tak ada.
No comments:
Post a Comment