aku tahu tak ramai yang membaca aku punya nukilan di sini. mungkin sebab tak ramai yang tahu dan malas nak baca typing aku yang berjela-jela.
tapi kepada satu dua yang masih membaca,
aku harap aku pegang kata-kata aku. jangan kau hebahkan kepada semua seperti, 'eh, kau tahu tak si jazmin, alaaa, jazmin tu taknak anak? apalah bangang sangat?' aku dah ada cukup mata untuk memerhati aku dan cukup mulut untuk memaki aku. semuanya dah cukup.
kepada satu dua yang masih membaca,
kau patut tahu, disini aku luahkan semua yang tak mampu aku tuturkan melalui mulut aku. disini tempatnya aku mengadu. kalau kau kenal aku yang sebenar, aku tak reti untuk menyuarakan pedih hati aku. aku tak ada orang untuk aku luahkan semua. ataupun, aku tak nak ada orang yang mengetahui apa yang jadikan aku ini hodoh rasanya.
kepada satu dua yang masih lagi membaca,
ini rahsia aku. aku kongsi dengan satu dua orang di dunia yang berjuta ini. terimakasih kerana menjadi mata yang meneman tulisan aku dikala mereka perlukan. terimakasih kerana tak pernah bosan. dan terimakasih kerana kau tidak menghakimi aku di depan mata aku. terimakasih. kerana satu dua daripada kamulah yang mengetahui diri aku, jiwa aku, sewaktu ianya masih mentah dan muda serta terbogel.
kepada satu dua yang masih lagi membaca,
terimakasih.
J
confession: tolong doakan aku untuk dapat UPU. aku mahu TESL ataupun Asasi Bahasa Inggeris. tolong doakan aku (:
No comments:
Post a Comment