Sunday, May 2, 2010

Sampai Tua. (i. Allah)

Aku sedar aku manusia.
Aku rasa kau pun sama.
Jadi aku sedar ayat 'aku akan ada di sisi kau sampai bila-bila'.
Bohong belaka.

Tapi,
Jika tiada istilah 'sampai bila-bila.'
Aku akan ada di sisi kau sampai tua.
Tak kira berapa kali hari lahir kau tiba.
Wajah aku akan sentiasa menjelma.

Tika itu wajah kau berkedut.
Rambut kau mungkin beruban.
Perut kau naik gendut.
Tapi, aku tak hairan.

Waktu kau lintas jalan pun perlahan.
Orang di trafik hon kereta tak henti kerna tak tahan.
Jangan risau, akan ku pimpin tangan kau perlahan.
Maklumlah, kita dah tua kan?

Hey kau,
Bila sudah tua
Aku mahu lihat jari jemari kau memetik gitar.
Untuk menjamah telinga anak cucu kita.
Di laman rumah kita yang aku rasa besar.

Kau,
Aku janji, di saat kejatuhan kau.
Aku takkan sekali lari.
Saat kesakitan kau.
Akan ku jaga dan perhati sampai mati.

Aku terfikir.
Bila sudah tua.
Mungkin penyakit nyanyuk akan menerpa.
Aku mungkin kau lupa.
Aku tak kisah kerna aku tahu kau tahu aku takkan kemana.

Hah.
Aku terbayang tangan kau ku genggam erat.
Sambil duduk di hadapan rumah.
Tangan kau berurat-urat.
Bertaut pada tanganku yang makin lemah.

Sumpah.
Sampai tua.

Aku tujukan ini kepada kamu Rizqan Bin Nasir. Selamat hari lahir yang ke tujuhbelas. Kamu sudah makin tua bukan? Aku pula masih muda bergetah. Hahaha. Gurau semata. Aku tahu benda ini kelakar. Harap aku dapat ceriakan hati kamu. Aku harap ia jadi kenyataan juga. Insya Allah.

Jazmin Gila.

7 comments:

  1. tatahan.tatahan.ak tergelak separuh nyawa.sedari bila kau hebat bersastera bagai.serious sgat menarik.ohoo-rizkan sudah menyambut ulangtahun hari lahirnya ke?selamat tua ak ucapkan :)

    posted by Lynn

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 02, 2010

    terimakasih muhammadlynn. hohoho.
    -jazminfauzan-

    ReplyDelete
  3. haha.
    me too.
    appy bufday.
    haha.
    bt when??
    wondering.
    haha

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 03, 2010

    budak gile yang terrer berbahasa,
    sungguh tidak ku sangka,
    anda mampu mnghasilkan suatu karya yg sebegini gempak hasilnya,
    bangga, jelous, terharu, dan bermacam2 lagi rasa,
    jatuh ditimpa seorang mamat yang kini menginginkan masa akan datangnya,
    berjalan dengan sempurna dan penuh dengan perasaan bahagia,
    bersama orang yang tercinta.

    hahaha :))

    ReplyDelete
  5. AnonymousMay 08, 2010

    tak pernah dilintas dalam akal
    tuahnya along menjulang langit
    dikasih seorang berkata genius
    dikaryakan dia berdondon puisi
    entah mengapa sedih tiba
    merobek hati yang sayu keras
    iri hati atau terharu akan nasib abangnya?
    tuhan saja ada jawapannya
    jazmin, kau hebat rupanya diam berisi
    tahniah along, jaga budak hingusan ni
    biar sampai usia mati

    -angahacktick-

    ReplyDelete
  6. AnonymousMay 11, 2010

    hahaha. terima kasih tak terhingga aku ucapkan. hehehe. thanks. :DD

    -JazminFauzan-

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete