Aku tak minta disanjung.
Aku tak minta dijunjung.
Aku tak minta diagung.
Aku cuma mahu bangsa kita tak jadi canggung.
Bangsa tidak pernah tahu.
Secalit apa yang aku rasa.
Sedikit apa yang aku lalu.
Pedihnya tak mahu aku cerita.
Kini,
Aku lihat yang dulunya Tanah Melayu.
Kini dipanggil Malaysia.
Aku mahu tahu.
Mana perginya usaha aku?
Aku lihat semua maju.
Tapi bangsa kita semua merapu.
Sungguh, aku malu.
Mana perginya usaha aku?
Tak kasihankah?
Berderai jantung.
Mengalir darah.
Bangsa tak pernah endah.
Nyawa aku, dan ramai lagi terkorban.
Dibuat begini pula.
Putus hati mencari kemerdekaan.
Hancur punah bangsa.
Bangsa lepak sini sana.
Rogol anak dara.
Makan segala harta.
Mana pergi jasa aku?
Heh.
Aku tembak senapang bukan untuk ini.
Aku lari seribu batu bukan untuk ini.
Aku taruhkan apa yang aku ada bukan untuk ini.
Aku bukan mahukan ini.
Aku kini diletakkan di rumah orang tua.
Tiada siapa yang menjaga.
Aku tahu aku dah tua.
Tapi, mana pergi aku punya jasa?
Sekali lagi.
Mana perginya usaha aku?
Merdeka sudah dapat. Kebebasan sudah dapat. Apa lagi kamu hendak? Hargailah jasa mereka. Sakit hati mereka. Penat lelah segala kamu tak dihargai. Aku naik sakit hati. Apa kamu orang juga mahu berperang dapatkan kemerdekaan macam mereka buat untuk kamu?! Aku sakit hati lihat kamu layan mereka. Apa salahnya jika mereka tua? Hina sangatkah? Jasa mereka mana kamu orang letak?
JazminFauzan yang sedang buat sejarah untuk exam esok :D
wooohooooo ! go jazmin ! go jazmin ! go jazmin ! go jazmin ! hahaha :p
ReplyDeleteheh.
ReplyDeleteko laq.
oang exam mlayan poem laq.
huh.
i liokee <33
ReplyDelete