Angin bertiup perlahan.
Menghembus ke muka kau.
Yang bergoyang longlai bak dahan.
Menunggu masa untuk melangkau.
Aku lihat kau.
Berbisik sendirian.
Mengatakan, 'apakah erti kehidupan.
'Bagi aku, ianya sialan.'
'Arghh, sudah tidak mampu ku tahan.'
Kemudian.
Airmata ku nampak bergenang di kelopak mata.
Mata kau yang cerah menjadi gelap belaka.
Ibarat dunia di hadapan kau tiada makna.
'Bangsat.' Bisik kau sambil mengesat airmata yang tiada penghujungnya.
Selepas itu.
Kau melangkah keluar dari tingkap itu.
Berdiri tegak seperti kau punya arah tuju.
Aku lihat badan kau menggigil tak menentu.
Kau bisik, 'dunia aku ibarat batu.'
Kau kata kau mahu pergi.
Aku hanya melihat dari bawah.
Kau kata kau mahu mati.
Kejadah.
Kau kata.
'Aku ibarat halimunan di dunia sendiri.'
'Tiada seorang pun yang peduli.'
'Ibubapaku sudah mati'
'Mana aku mahu pergi?'
Dan kau membisu.
Tiada yang mampu kau gerutu.
Kau depakan tangan kau seribu batu.
Bibir kau mengira satu.
Langkah pertama kau ambil.
Aku hanya melihat, mata terkebil.
Langkah kedua kau pergi.
Aku hanya berdaya menjerit di dalam hati.
Langkah ketiga kau atur.
Aku menjerit, mataku kabur.
Jatuh.
Ya Allah.
Murahnya nyawa.
Tiada harga.
Di hadapan mata mereka.
Durjana.
Aku tahu setiap daripada kamu mesti terfikir mahu mengambil nyawa sendiri ketika saat sukar menjelma. Banyak lagi jalan kamu boleh ambil. Mati bukannya jalan mati. Syurga yang kau nanti dah lama terkatup rapat. Fikirlah mereka yang sentiasa disisi. Takkan kamu mahu tinggalkan mereka dengan kenangan pahit yang kau cipta demi diri kau sendiri. Kalau kau mahu mati, janganlah dengan cara ini, tunggu saja saatnya, aku yakin kau pasti akan pergi.
JazminFauzan yang tengah kebosanan.
waaaa, gile babeng aa jaz.
ReplyDeleteebaatt. hahaha
hahah. thanks. tetapi anda sape??
ReplyDelete-JazminFauzan-
sape ? jaz rase ni sape ? wahaha :))
ReplyDeleteOrang gila kottt.. Hahah.
ReplyDelete-JazninFauzan-