Friday, May 14, 2010

Adam dan Hawa

Setiap makhluk di muka bumi ini,
Diciptakan dengan berpasangan,
Tuhan itu Maha Bijaksana,
Dengan melengkapkan segalanya.

Seperti kisah Nabi Adam dan Hawa,
Dan juga karya agung Romeo and Juliet,
Yang bercerita mengenai percintaan yang sungguh utuh,
Dunia tidak akan bernyawa tanpa cinta seperti ini.

Namun,
Masa telah mengubahkan keadaan sekeliling,
Cinta pada masa kini berubah.

Tidak seperti Adam dan Hawa,
Tidak seperti Romeo and Juliet,
Tidak seperti prince dan princess nya.

Sungguhpun begitu,
Aku amat mengharapkan bahawa kaulah,
Adam ku,
Romeo ku,
Dan prince ku,
Yang akan menyayangi ku dengan setulus hatinya

Dan aku akan menjadi,
Hawa mu,
Juliet mu,
Dan princess mu,
Yang akan melengkapi hidup mu sebagaimana yang dituntut oleh Tuhan.

Aku inginkan dikau,
Akan mendampingiku,
Sepanjang hayat,
Susah,senang,sihat,sakit,
Begitu juga terhadap dikau.

Seperti Adam dan Hawa,
Mengelilingi muka bumi ini,
Demi bersatu kembali,
Jabal Rahmah menjadi saksi pertemuan mereka semula,
Selepas dipisahkan selama beratus-ratus tahun.

Seperti Romeo and Juliet,
Cinta pandang pertama,
Sanggup berdepan segala cabaran,
Demi mempertahankan cinta mereka,
Walaupun berakhir dengan kesedihan.

Seperti prince dan princess nya,
Sanggup meredah lautan api,
Demi menyelamatkan cinta sejatinya,
Dari segala ancaman dan bahaya.

Aku harap cinta kita berkekalan,
Sehingga akhir hayat,
Biar ditimpa pelbagai dugaan,
Demi cinta kita berdua.

Diriku mengharapkan kita dapat,
Melihat dan mendidik cucu cicit kita,
Tika kita masih diberi kurnia untuk hidup lebih lama di muka bumi ini,
Sehingga menjadi seorang insan yang berguna.

Amin.

Made up by bella.act, dis my first poem n hav no idea cmne leh tlis cmni.haha

2 comments:

  1. jiwang melambunglambung hingga ke laut :PPP

    ReplyDelete
  2. heh.
    bia r.
    act.
    aq un x taw cmne leh jd cmni.
    haha

    ReplyDelete