Wednesday, May 12, 2010

Entah.

Aku nampak gadis kecil.
Sendiri.
Di lorongan yang kecil.
Sendiri.

Dia duduk termenung.
Diam tanpa kata.
Bersama anak patung.
Yang dikata teman selamanya.

Lalu ku pergi kepadanya.
'Nama kau siapa.'
'Entah.' Jawab dia.
'Saya tidak tahu saya siapa.'

Kau genggam erat anak patung.
Seperti kau takut kau akan aku pancung.
'Relax, aku bukan seorang yang tongong.'
Kataku sambil mengusap rambutnya bertocang.

'Akak siapa.' Kau tanya.
Aku jawab 'Bukan siapa-siapa.'
Kau tanya lagi, 'akak bukan ibu saya?'
Airmata aku bergenang, aku tak terkata.

'Siapa ibu kau?' aku tanya.
'Entah.'
'Siapa bapa kau?'
'Entah.'

Apa mahu jadi sama bangsa?
Entah.

Kemudian.
Aku tanya dimana kau tinggal.
Kau halakan jari kau di kaki lima kedai.
'Itulah tempat saya tinggal.'
Kau kata dan hati aku pecah berderai.

Gadis semanis ini.
Hidupnya di kaki lima.
Tempat tidurnya dipijak sana sini.
Dia dicaci tanpa henti.

'Kau mahu tinggal di rumah?'
Aku tanya sama gadis kecil itu.
'Mestilah!'
Aku bawa kau ke anak yatim piatu.

Sejak hari itu.
Kau punya nama.
Secantik rupa.
Seindah bahasa.

Bila ditanya siapa nama.
Tidak lagi kau jawab 'entah.'
Bila di tanya siapa ibu bapa.
Ianya masih persoalan bagi kau.

'Entah.'

Aku pun tak tahu.
Entah.

Apa mahu jadi sama anak bangsa? Tahu buat seks tapi anak buang merata. Apa yang seronoknya. Dosa banyaklah. Tidakkah kamu semua kasihan pada mereka, yang masih tidak tahu apa-apa, dicampak merata-rata. Tiada empatikah dalam hati kamu semua? Maruah kamu kemana? Tak malukah? Tak takut dosakah? Tak takut neraka kah? Bodoh segala kamu semua. Durjana. Entah.


JazminFauzan yang sedang tengok gambar bayi bersepah di tong sampah.

4 comments:

  1. AnonymousMay 12, 2010

    Umi Sofia said:
    ape nk jd ngn bangsa kite lagi2 bangsa melayu. :(

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 12, 2010

    terkentut2 saya membaca ini benda.
    hahaha :))

    ReplyDelete
  3. AnonymousMay 12, 2010

    ipman said:

    aku suke anak patung

    ReplyDelete
  4. anak bangsa durjana,
    semua lupa asalusul,
    tahu enjoy mcm org jahiliah berpesta,
    mereka BODOH :(

    ReplyDelete