Thursday, May 6, 2010

Aku mahu.

Aku mahukan jalan.
Aku mahukan tujuan.
Aku tidah mahu kehilangan.
Aku tidak mahu berpeleseran.

Aku mahu masa depan.
Aku tidak mahu ketinggalan.
Pabila orang sudah kecapi kemajuan.
Aku masih lagi berkejaran.

Aku mahu kejayaan.
Bukannya kebodohan.
Seperti mereka yang hidup di jalanan.
Tiada niat yang menginginkan perubahan.

Aku mahu kebahagiaan.
Bersama si dia yang diciptakan Tuhan.
Bukannya mengandung atas dasar nafsu syaitan.
Dipandang rendah olah orang yang perasan.

Aku mahu syurga Tuhan.
Tika ku mati di hari kemudian.
Bukannya neraka dihuni syaitan.
Sengsara tanpa hentian.

Hai mereka manusia.
Hendaklah yang baik sahaja
Kemudian usaha.
Jika tidak, hidup merapu saja.
Apa guna.

Aku buat sajak ini untuk suka-suka. Saja mahu mengingatkan diri yang aku hanya mahukan kebaikan. Bukannya kejahatan syaitan. Yang makin berleluasa entah kemana. Aku harap kamu mahukan itu juga. Bukannya kenaifan yang entah apa-apa.


JazminFauzan yang tengah kebosanan.

2 comments:

  1. aku mahu jazmin yg normal. sekarang dia suda jadi sasterawanita ta guna.hooh :)-lyn-

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 08, 2010

    haha.
    me too.-bella-

    ReplyDelete