Tuesday, May 22, 2012

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah.

assalamualaikum.

esok. esok pagi aku bertolak ke unisel batang berjuntai selangor. semalam register, hari ini pergi beli barang dan esok pergi. agak-agak kalau hidup ekspress macam ni elok ke? semalam lahir, hari ini menua, esok mati.

baru kejap tadi aku habis packing. aku rasa semua aku dah pack. cuma, aku ada firasat yang mengatakan, tak kira pasti mana pun yang aku dah pack semuanya, aku bet, mesti ada yang tercicir. cuma sekarang ni, aku tak sedar apa yang bakal tercicir. bila dah sampai sana atau pun otw baru aku tersedar agaknya.

aku ambil Foundation TESL. murah sikit from diploma. harga, biar aku diamkan sahaja. yang pastinya, Alhamdulillah, aku tak perlu meminjam sanasini.

esok. esok aku pergi. kawasan pendalaman. orang bandar, city-bred, bermastautin ke kawasan pendalaman. bukan nak berlagak yang aku ni orang bandar. tidak. aku cuma nak emphasize bahawa aku akan ke suatu tempat yang berlainan daripada biasa. dah aku akan tinggal di sana.

esok. esok aku pergi. dammit, baru aku sedar, banyak yang aku akan tinggalkan di sini. banyak. hinggakan aku tak boleh nak senaraikan semuanya. terlampau banyak yang akan aku rindukan. tangiskan dalam diam. ketawakan dalam sedih.

dammit. tulah, orang selalu kata:

be careful for what you wish for.

aku pandai minta masuk universiti seiring dengan kawan-kawan aku. PAP! aku masuk 2 minggu awal. jeleslah. itulah. sedihlah. inilah. heh, orang yang tak reti bersyukur, Tuhan dah tunjukkan.

alhamdulillah. aku boleh sambung belajar. alhamdulillah, aku tak perlu berhutang. alhamdulillah. cuma, aku berbau kecuakkan. aku cuak. nak mati. punya. cuak. seperti biasa, aku pasti rasa nak tercirit.

cuak.

hahahahahhahahhahahahahahahahahaha *ketawa nervous*

esok. esok aku pergi. aku takkan online serta blog selama beberapa hari sehingga abahemak hulurkan komputer riba buat aku.

esok. esok aku pergi. cuak.

j

confession: aku takut dengan org yang bakal aku jumpa. perangainya. suaranya. bulinya. dan yang paling utama, pengaruhnya. siapa yang bakal aku jumpa.

ps: doakan aku.

No comments:

Post a Comment