Tuesday, May 8, 2012

aku tak percaya dalam; menunggu.

assalamualaikum.

dalam hidup aku, aku sudah set-kan minda aku untuk tidak percaya ke beberapa perkara.

aku tak percaya yang makhluk asing wujud. aku tahu tentang kewujudan yakjuj makjuj, syaitan dan lain-lain. cuma makhluk asing. terlampau melampau untuk aku terima.

aku tak percaya dengan berharap, kerana aku hanya percaya pada usaha. usaha. usaha. usaha. doa. doa. doa. dan tawakal. tak pernah sekali aku mahu diri aku berharap.

aku tak percaya pada bisik. apa perlu kau berbisik? cakap kuat, lantang, jelas, kerana telinga aku tak percaya kata-kata halus yang berhias permata. kalau kau mahu bercakap dengan aku, jangan bisik. aku perlu frekuansi yang kuat kerana, aku susah mendengar. tambah lagi percaya.

dan, aku tak percaya dalam menunggu.

menunggu ada dalam pelbagai aspek. jangan salah faham, aku manusia penyabar.

orang kutuk, 'hei gigi jongang. hodoh gila babi.' aku diam dan senyum jolok gigi.
orang tolak aku ketepi hingga aku terhimpit, sebab ya, aku memang agak loser, aku diamkan.
orang kata 'papan' 'takde tetek' 'keding' aku ketawa. lagi elok kurus dari terlebih lemak bukan?
orang kata 'tak matang' 'tak serius' aku ketawakan aja. apa perlu aku mengaplikasikan kematangan yang aku punya ini kedalam setiap satu aspek hidup aku yang sepatutnya aku ambil tenang.

tapi, bila disuruh menunggu, aku jadi lemah.

'jaz, orang janji. dua tahun je. jaz cuma tunggu orang dua tahun je and orang datang balik. it will be as if this never happens.'

'ingat, tunggu dia tahun je.'

'tunggu. jangan pergi mana-mana.'

dua tahun itu, aku jadi batu. aku keras tak berganjak. apa jenis musim yang bertandang dan bercadang untuk alihkan aku, aku keras. aku takkan bergerak. aku sudah janji sama dia.

'jaz tunggu punyalah.' (senyum bahagia, cover sedih)

dua tahun itu, orang yang paling kuat yang mencuba heret aku dari penantian pun tak pernah berjaya. aku sudah janji.

'jaz gerenti tunggu.'

dua tahun itu, aku hebat. aku berharap dan aku menanti dan aku menanti dan aku terus menunggu.

'alaaa, dua tahun je pon.'

dua tahun. selepas dua tahun, aku beri peluang. aku masih lagi membatu menunggu.

'babi.'

selepas 2 tahun lebih itu, aku jadi fobia sama menunggu.

'tunggu kejap. aku nak pergi toilet.'
aku angguk namun aku berjalan keliling satu sekolah. dan kemudian kembali apabila dia pula yang menunggu aku.

'tunggu. dua minit lagi aku sampai.'
aku berganjak. aku takkan menunggu. aku akan terus berganjak. walaupun jaraknya cuma dalam 2-3 meter, aku takkan membatu menunggu.

kau beritahu untuk tunggu, mari aku bagitahu kau awal-awal.

TAK

aku takkan tunggu. aku tak percaya dengan menunggu. kalau mahu, datang tepat pada masanya. atau kau tunggu aku.

aku tak percaya dengan menunggu lagi.

jazmin.

confession: tahu tak, betapa sakitnya aku menunggu kau? kau sedar tak yang sayang aku pada kau ni, walau aku cuba, aku tak mampu hilangkan. kau sedar tak, aku akan sentiasa mahukan yang terbaik untuk kau.

ps: kau sedar tak yang aku tak mahu kau. tapi aku cinta kau.

No comments:

Post a Comment