aku dah cakap. aku dah agak. aku dah pesan awal-awal. jazmin, takkan ada orang yang nak faham kehendak kau. kau punya visi. mereka takkan dapat faham apa kau lihat dari perspektif kau. bukan kau buta. mereka pun tak buta juga. cuma pandangan kau dan mereka lain. mungkin mereka pandang langit, kau pandang darat, mungkin mereka pandang kertas, kau pandang pelangi, mungkin mereka pandang zirafah, kau pandang itik.
tapi, 'mereka' itu terlampau ramai dan 'kau' cuma satu sahaja, yakni, aku.
macam mana aku nak yakinkan mereka tentang pandangan aku yang terbengkok ke arah yang lain sedikit.
hey, bukannya aku tak nak anak sampai bila-bila. semuanya terletak pada Allah yang telah meletakkan rezeki aku sejak azali. aku cuma tak gilakan budak macam orang lain. aku bukan perempuan yang nampak budak comel dan terus terdetik dalam hati aku yang aku nak anak. tak. aku bukan perempuan itu. bila aku nampak budak comel, aku buat dia ketawa.
aku cuma fikir yang terburuk sebelum aku tanam harapan yang tinggi. aku sudah cek apa yang aku ada dan apa yang aku tak ada, dan statistik serta carian yang aku sudah selidik menunjukkan bahawa, mungkin aku ada masalah rahim. mungkin tak sahih. tapi aku yang tipikal akan fikir yang terburuk kerana apabila harapan aku dimusnahkan, aku akan jadi separuh hidup sahaja.
jadi, itu sebabnya aku cuba redhakan diri aku dengan kondisi yang aku ada ini seawal mungkin, aku perlu siap sediakan hati aku sebelum ianya jatuh pecah sehalus debu kerana, hati aku ini rapuh dan kecil. susah.
aku perlu siap sediakan pasangan sehidup semati aku dengan kondisi yang buruk ini agar dia terima aku seadanya dan tidak menghakimi aku.
aku bukannya tak nak anak. aku cuma tak nak berharap. dan mungkin, cuma mungkin, aku tak nak rosakkan anak aku.
mungkin aku belum bersedia seperti perempuan lain, atau mungkin aku terlampau negetif. sayang, ini aku yang sebenar. bukannya pelangi sepanjang masa.
jadi, cuba faham. cuba, tolonglah cuba lihat dari perspektif aku. tolonglah jangan suka-suka nak mengomen aku kalau kau tak faham situasi sebenar. aku bukannya jahat. aku bukannya tak punya jiwa. cuma jiwa yang aku ada ini terlampau rapuh. dah asyik kena makan anai-anai saja, macam mana nak kuat.
cubalah faham. kalau aku boleh, kenapa mereka tak?
tolonglah.
jazmin.