Thursday, November 25, 2010

Penjara Jiwa.

assalamualaikum.



*diam*


saya rasa, apa yang berlaku di dunia ini, kepada saya semuanya ada hikmah. ada udang di sebalik batu. ada baik yang diselitkan di celah-celah kejahatan yang berlaku dan yang mendominasi dunia.


ya. apa yang mahu aku katakan sebenarnya ya?


______________________________________


*diam*


hey, apa yang aku buat di sini?
kenapa aku dibiarkan terkunci disini?
kenapa aku rasa begitu sendiri?
hey, di mana aku ini?


hey perempuan?
apa yang kau sedang lakukan?
hey perempuan.
mana kau di mana kau perukkan aku punya perasaan?


aku terkurung di penjara perasaan.
yang semuanya bercampur baur dengan:



dendam

benci

kasih

cinta

sakit

perit

jerit

diam

sunyi

keliru

pendam

tipu

kosong



hey perempuan kenapa aku dihumban di sini?
kenapa aku berasa seperti mahu menangis?
mengapa titisan air kaca yang pilu menjengah berderai di kerak pipi?
mengapa aku rasa kosong sekali.


mengapa seperti aku dibutakan perasaan?
mengapa jiwa aku menjerit kedengaran perlahan?
mengapa aku dibiarkan ranap secara perlahan?
di mana kau sorokkan jiwa aku yang dulunya,perempuan?



hey,
keluarkanlah aku dari perangkap derita.
hembuskanlah nyawa di jiwa aku yang mati tak bernyawa.
tepekkanlah senyuman di bibir aku yang hiba.
lepaskanlah aku dan biar aku mati di dunia.



daripada di kurung di pernjara jiwa.
di biar mati biar tiada siapa yang boleh jumpa.
bangkai busuk dibiarkan begitu sahaja.
lepaskanlah aku yang longlai, wahai perempuan gila.


berhentilah meranap jiwa.
janganlah kau biarkan aku terasa kosong tanpa kata.
janganlah kau biarkan air kaca menerobok jiwa yang hilang.
cukuplah, perempuan. cukup. berhenti membaham.


keluarkan aku dari penjara jiwa.


perempuan gila.






ini untuk perempuan gila yang sudah lama membaham secara perlahan aku daripada dalam lubuk jiwa aku. ini untuk perempuan yang menjahanamkan aku yang dah cukup rosak. ini untuk perempuan yang tongong sehinggakan aku takut dengan dia. ini untuk perempuan yang menghumban aku di dalam penjara jiwa.





kamu orang, jangan dibiarkan jiwa kamu orang ranap disebabkan perempuan gila yang bersarang di jiwa. jangan. sakitnya tak terkata.


coretan.luahan.perkataan.
Jazmin.


pengakuan: aku terhilangkan bulatan yang pernah menetap di jari aku. fak. apalah buto sangat aku ini. babi kau Jazmin. arghh!!!!


No comments:

Post a Comment