*mengeluh*
apa yang aku mahu sebenarnya.
ermm. kamu orang tak ilusi tidak? ilusi merupakan bayangan yang paling aku mahukan di dunia ini. tapi sayang, ianya sekadar ilusi. bagaimana aku mahu capai? huh? bagaimana.
aku cuba jengketkan kaki, aku cuba lompat, aku cuba parkour, aku cuba naik trampolin, aku cuba, skydive, semata untuk mencapai ilusi.
dan yang paling bangangnya, mengapa aku mahu capai ilusi sedangkan aku boleh capai realiti yang berada betul-betul depan dengan aku.
baiklah.
*muka bersemangat*
aku ada azam baru. azam kali ini, insya Allah, aku mahu realisasikan. aku mahu capai azam aku yang bukan ilusi. kali ini, aku benar-benar bertekad.
aku tahu apa yang aku mahu. dan aku mahu capai apa yang aku mahu.
azam: aku mahu bermula semula. dan ini bukan sekadar ayat yang seperti biasa aku tulis. ini adalah azam. aku dan bertekad sungguh-sungguh. dan insya Allah, bakal aku penuhi.
by next year, aku mahu bangun. aku tahu, mana tempat aku dan aku tahu, di mana aku sepatutnya layak berada. aku mahu belajar kenal aku semula.
ya.
aku mahu belajar mengenal aku semula.
aku mahu tahu siapa Nurul Jazmin Binti Fauzan.
aku mahu tahu dia.
doakan yang terbaik untuk aku. aku akan mencuba sehabis mungkin, sampai hancur kudrat aku, aku bakal cuba. kamu orang jangan main-main dengan nekad aku yang ini kerana, ini serius punya.
dan, lagi satu, aku mahu hancurkan si perempuan sial yang membaham jiwa aku. aku mahu ranapkan jiwa dia semula. aku mahu dia nyah sejauh mungkin dari hidup aku. aku mahu dia mati bersama azam aku yang lama, aku mahu dia tidak wujud semula.
tetapi, yang paling penting.
aku mahu kenal Nurul Jazmin binti Fauzan semula.
Insya Allah.
coretan.azam.nekad.
Jazmin.
pengakuan: aku buat video baru tentang angan - angan aku dari kecil dulu sehinggalah kini. haha. ya, memang macam bangang. tetapi, apa aku kisah bukan? pergi matilah dengan kutukan kamu orang semua.
ps: ya, aku mahu didik diri aku menjadi semakin keras. jangan terkejut ya? *senyum*
cepat la sikit.
ReplyDeletehaha. yelah rizqan.
ReplyDelete