serius, aku tak pernah suka pabila ada yang cuba datang menjengah di tingkap hati aku, aku kuncikan ia dan tarik tutup ketatpadat langsir aku. adeehh. susahlahh.
takk, salah. bukan susah, tetapi leceh. leceh apabila tangan aku masih menggenggam erat di tali yang halimunan yang aku cipta sendiri. yang dulunya pernah ada kewujudunnya cuma sekarang, ianya hilang entah kemana.
aku nak balik. aku nak perasaan selamat, comfort zone yang aku pernah punya dulunya. aku mahu itu semula. ya, pergi mampuslah pada mereka-mereka yang nak panggil aku bodoh, babi, sial, bangsat, puki sana.
serius, aku tak pernah mahu kisah. cakaplah. teruskan. insya Allah aku juga yang dapat pahala. jadi, lagi sekali, aku ulang. aku tak kisah.
jadi. entah. aku pun tak tahulah. cuma, ambil masa agaknya bagi aku untuk membuka atau mungkin sekadar mencari ruang untuk membuka semula langsir yang aku katup rapat tadi. mungkin aku ambil masa untuk perlahan-lahan, biarkan sinaran mentari menjenguk masuk menerangi hati aku yang malaphambar. mungkin aku ambil masa untuk bagi dia-dia yang lain untuk menjengah di tingkap aku. dan mungkin aku ambil lebih lagi masa untuk bagi dia-dia cuba mengetuk pintu kebal perisai besi aku.
senang kata, aku perlu masa, masa yang takkan pernah atau akan menunggu aku. tapi itu yang perlukan.
mana taknya, kamu orang fikir, senangkah untuk aku longgarkan genggaman aku kepada awak? hehh. susahlah. antara benda yang paling susah yang pernah aku kena buat. bukan dengan kehendak hati aku sendiri.
serius.
lepaskan awak, dan longgarkan genggaman saya terhadap awak adalah perkara yang paling suka yang pernah aku tempuh dalam hidup aku. kalau diikutkan hati, sungguh aku tak mahu, sungguh-sungguh aku tak mahu. tapi aku tahu, apa gunanya kalau apa yang aku ada cuma 'tak mahu' dan bukannya benda lain bukan? bila difikirkan semula 'tak mahu' yang sering aku katakan tersebut tak mendatangkan satu benda pun.
'tak mahu'
perkataan bodoh. aku tak tahu kenapa aku guna ayat tersebut di awalnya. mungkin kerana aku tak mahu. hehh. bangsat sungguh aku ini. macam sial.
'tak mahu lepaskan'
'fak'
'sial'
'bangsat'
'jazmin'
'awak'
semua yang aku tulis tersebut adalah relevan. bersamaan dengan. sama. sinonim. hehh. apa mahu jadi dengan aku pun, aku tak tahulah. tapi sayang, aku tak pernah biarkan diri aku untuk berputus asa. apalahh.
*senyum sakit*
aku benci dengan senyuman aku yang itu. ianya penuh dengan penipuan. hipokrit dan tak jujur. aku benci.
coretan.keluhan.banjingan.
Jazmin.
pengakuan: tolonglah bagi ruang pada diri kau sendiri Jazmin. janganlah biarkan diri kau dibaham wanita gila yang kini menumpang sama di kesempitan hati kau. tolonglah Jazmin. tolonglah.
(:
No comments:
Post a Comment