Monday, November 15, 2010

aku.



rumah pengakuan.


assalamualaikum.



*diam*



aku tak tahu kenapa tetapi, seperti biasa, aku berasa sial. macam, jiwa aku lari. macam, aku tak ada tuju. entah. tetapi, aku pasti, aku perlukan tujuan teramat sangat kerana, heh, tanpa tujuan, aku ranap.



aku butuh tujuan dan arah. perlu. wajib ada.



tapi sayang, aku tak ada.







dan ironinya ialah, di saat-saat aku keliru dan sesat beginilah, aku tak tahu kepada siapa mahu aku pergi. pada siapa mahu aku mengadu meratap, menangis. tiada siapa mahu cakap sama aku bahawa semuanya okay, tak ada apa-apa.


'orang kan ada. relekslah.'


*menahan airmata*


sumpah, aku rindu dengan orang yang melimpahkan ayat tersebut daripada bibirnya. aku rindu dengan keberadaan dia samping aku 24/7. aku rindu sekali. dan aku tahu, dia tak suka. tetapi, nak buat macam mana. bukannya kehendak aku bukan? ianya masalah hati kecil aku yang mengandung perasaan sial ini. ianya perlahan-lahan membaham jiwa aku.



hanya semata perasaan secuil sial yang terkandung dalam hati aku mampu membaham jiwa aku yang dahulunya luas. hanya semata perasaan. bayangkanlah. perasaan. kecil. baham. jiwa besar. kenapa? bagaimana? mengapa? tak pernah aku tahu jawapannya dan aku tak tahu kepada siapa mahu cari jawapan ini.



aku butuh jawapan.




kerena, tanpa jawapan, perasaan insecure ini akan menenggelami aku.


*kesat airmata*





senang kata, serius, aku rindu awak. fakk lah apa orang nak kata. nak kata aku setahun jagungkah, rebung buluhkah, tak matangkah.

pergi fak lah dengan semua benda tu. aku tak pernah ambil kisah. yang aku tahu, setiap seorang daripada kita semua pasti pernah merasakan apa yang sedang aku rasakan ini.







tak tahu kepada siapa.

tak rasa selamat.

rasa mahu terjatuh sentiasa.

menangis tak semena.

ketawa hambar belaka.

senyum tiada sinarnya.

rindu tak pernah berhenti selama.

sunyi.

keliru.

sakit jiwa.

perlahan.

mati.






pasti. aku pasti kamu orang semua pernah sama rasa.


mari sini aku cerita sedikit.




dia first love aku. dan faktanya ialah, sampai bila-bila pun dia akan menjadi orang yang paling terkesan dalam jiwa aku sebab, dia yang kelar buat pertama kalinya. dia yang meleburkan jantung aku pertama kalinya. yang mengajar aku apa yang terdapat dalam diri aku buat pertama kalinya.

dia yang mengenalkan aku dengan aku. dia yang mulanya mengajar aku tentang aku, mengajar aku tentang perasaan yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. dia yang menyerlahkan aku yang dahulunya pudar. dia yang menaikkan aku. yang memberitahu bahawa aku itu cantik walaupun sebenarnya tidak. aku itu pandai, walaupun tidak. aku itu berani dan sayang tidak.

tetapi, dengan sekadar kata dari dia, aku percaya bahawa aku cantik pandai dan berani. dan sayang, dengan kata-kata dia, aku mula jadi semua yang dia katakan. dan ya, aku bertuah kerana aku mampu jadi apa dia katakan. kerana dia kau jadi aku yang dulu itu. yang energetik gila nak mati. bila dengan dia, aku rasa, semuanya bagus, dan aku happy.

dan aku percaya bila dia kata:

'sampai bila-bila'

dan aku sendiri termakan kata aku:

'sampai tua'








*sekejap. mahu ambil nafas.*








dan sampai sekarang, aku terkilan. aku mahu sampai tua yang aku impikan suatu ketika dulu. aku mahu dan aku mahu! hehh. aku mahu. aku mahu dia ada dengan aku. aku mahu pagi-pagi aku didendangkan dengan suara dia. aku mahu malam aku dipeluk erat oleh dia. aku mahu dibaluti kata-kata dia. aku mahu ketawa dia memenuhi jiwa aku. aku mahu senyum dia menjadi senyum aku.aku mahu lirik mata dia di muka aku. aku mahu tangan dia memegang erat tangan aku yang kecil. aku mahu dia menjadi tiang dalam hidup aku. aku mahu bauan dia memenuhi jiwa aku. aku mahu dia.

nokhtah.

aku mahu dia.

titik.

ya. aku tahu, kehendak aku itu salah. selfish. ya. aku tahu. aku tahu. tetapi, sayang, aku tak tahu macam mana mahu hilangkan.

dia terlampau berharga bagi aku. berharga kerana di mata aku yang sepasang ini, dia sempurna. selain abah. dialah lelaki sempurna yang pernah menjelma dalam hidup aku. dia yang, sempurna. bila aku dah dapat yang sempurna, takkan ada niat yang terdetik dalam kotak minda aku untuk aku lepaskan. takkan. dan aku tak nak. haihh.

tetapi aku perlu.

fakk, ayat aku macam jubobabibuto bukan? puki lah.


haish, tapi, macam mana aku nak lepaskan dia?
aku tak nak.
senang kata, aku tak pasti jika aku ada kemampuan dan keberanian untuk lepaskan dia.

kerana, satu ketika dulu, dia impian aku.

sekarang, masih juga begitu.

sayang.











*diam*
*keluh*

aku mahu sampai tua kita berdua.




'orang kan ada'

*senyum*






corentan. luahan.
Jazmin.


3 comments:

  1. kalau kau ade pape lagi nk di luah kan. cerita kan je lah dekat haz atau pun aidil. kami sedia membantu.

    ReplyDelete
  2. serius, kamu orang dua ekor gempak! sayangg! haha. (:

    ReplyDelete
  3. BHAHAHAHA! rileks je kawan!!

    ReplyDelete