tirai di angkat dengan perlahan.
perlahan juga ku tarik nafas aksara.
ku diberikan, perkataan.
dan kuludahkan maruah yang aku simpan.
tapi sayang yang keluar hanyalah kata.
suara masih tersemat di dalam dada.
bibir ku ketap tak memanggil siapa.
hanya memandang mata yang terkebil saja.
aku disuruh ketawa sewaktu ku sedih.
aku disuruh menangis ketika ku mahu menjerit.
ku terperangkap di atas pentas.
tirai dibuka dan aku ialah 'dia'.
tapi sayang yang keluar hanyalah kata.
suara masih tersemat di dalam dada.
bibir ku ketap tak memanggil siapa.
hanya memandang mata yang terkebil saja.
aku dihiaskan bagai permainan.
aku sisipkan lakonan di balik penipuan.
terperangkap.
tiada yang mendengar.
tapi sayang. tapi sayang.
yang ku jerit hanyalah kata.
bukan suara.
jazmin.
video di atas sebelah kiri (:
No comments:
Post a Comment