Thursday, October 7, 2010

Sepi Diam

assalamualaikum.




setiap garis setiap bait calit kata.
apa kau fikir aku punya mampu untuk lupa.
setiap saat lampau lusuh yang kita ada pernah punya.
ia masih terikat ketat sampai bila-bila.

aku simpan ia biar aku pegang erat-erat.
aku biarkan ia terhumban di bahu aku kian memberat.
aku biarkan diri aku bergelut makin kuat.
aku biarkan diri aku menjadi letih penat.
sku biarkan diri aku terkopek luas tak berubat.

*tarik nafas*

aku hela nafas.
dengan harapan mereka-mereka lihat aku menjadi makin keras.
seakan dengan harap itu aku akan mampu terbang bebas.
seakan dengan itu, sepi yang menggenggam aku akan terlepas.

heh.
aku penat dengan apa yang aku rasakan kini.
di saat jantung aku didakap erat oleh si sepi.
yang menghumban aku di dalam diam yang tak terperi.
kerana apa yang aku rasakan ini tiada belah bagi.
sama sekali bukan untuk di kongsi.

tolong.
aku mahu lari.

kau tahu.
setiap raut, garis, senyum, tawa kamu.
ianya perlahan-lahan menyelinap keluar dari kotak minda aku.
setiap marah, sedih, tangis, jerit kamu.
itu semua ceritera kita berdua yang makin menjauh.

*diam*

dan pabila tiba saatnya aku mengilang.
disitulah aku aku di dalam agoni untuk mencari bayang.
sepi di dasar aku masih terngiang-ngiang.
tapi sayang.
perlahan-lahan ianya menghilang.

sepi diam.
mendera aku, mengajar aku.



coretan.rentetan.sepi.
Jazmin.



pengakuan: ini aku coret buat aku. agar aku boleh melangkah setapak lebih jauh dari apa yang sedang aku rasakan kini. aku tahu dia makin menghilang. aku telah hilang dia. dan aku wajib terima.

ps: hey, terima kasih sebab telah banyak mengajar aku tentang apa yang kita pernah ada. sumpah. aku seronok. cuma kita tiada sampai tua yang pernah kita impikan bersama. (:

pps: ya. aku amat berterima kasih. semoga kita berdua akan bertemu dengan bahagia yang kita sentiasa impi.

ppps: nak tak nak, aku perlu senyum bukan?

No comments:

Post a Comment