Tuesday, October 26, 2010

racist.

assalamualaikum.




kita semua dilahirkan berbeza-beza.
banyak warna, pelbagai bangsa, beribu bahasa.
kita semua lain asalnya.
lain adatnya.
lain khilasnya.
kita teramatlah lain dalam segala semua.




tetapi, sayang sekali.
tiada rasa hormat sesama sendiri.





kadang-kadang malu juga aku.
yalah, hidup kononnya bersatu padu.
agar bangsa bersatu negara maju.
heh.
tak usah aku ujar, kita semua tahu.




satu Malaysia.






kadang-kadang terasa hipokrit pula.
menyebut-nyebut slogan yang sekadar kata.
langsung tak punya makna.
kita terpekik terlolong hanya terpaksa.
kalau tak, dikata bukan rakyat Malaysia pula.





pergi jahanamlah dengan kelainan kita semua!
setakat kelainan, buat apa diambil kira.
banyak sangatkan beza?
hah?
sehingga ada perlu kita pecah belahkan kita-kita?



kita terlampau membeza-bezakan.
orang melayu itulah, inilah.
orang cina macam-macamlah.
orang india, tak habis-habislah.



serius aku tak pernah faham.



racism.
aku tak pernah suka dengan perkataan itu.
ianya mengambil nyawa negara kita.


heh.


coretan.entah.lah.
Jazmin.





pengakuan: entah, aku kadang-kadang malu juga dengan tanah air aku sendiri. terlampau membeza-bezakan. heh, setakan agama bangsa adat segala, harta darjat. ahhhhh!

ps: kalau macam inilah nampaknya, hancur malaysia lama-lama.

No comments:

Post a Comment