*diam*
aku rasa macam patung.
kamu orang tahu bagaimana perasaannya?
ibarat aku terikat, tak boleh terlepas terperangkap.
ibaratnya aku tiada hidup sendiri.
ibaratnya aku tak ada punya mampu dalam dunia sendiri.
sepertinya ada tangan lain yang mengawal aku.
kamu orang tahu?
........................................................
ketika aku mahu lari bebas.
aku dipaksa duduk, diam, dikawal.
ketika aku mahu menangis.
aku di dialogkan dengan gembira dan tawa.
ketika aku mahu duduk diam.
aku disuruh berlari.
ketika aku mahu berkata.
aku di suruh setuju dengan segala semua.
ketika aku mahu tak mahu lihat.
kepala aku dhadapkan kepada perkara itu.
ketika aku mahu bertahan.
di saat itulah aku aku berderai menangis.
*keluh*
kamu orang tahu? macam anak patung.
tiada kuasa, rasa terkongkong.
mahu capai tetapi hanya sekadar terkapai.
mahu menoleh tapi hanya mampu menahan.
mahu hidup tetapi sayang, hanya dapat di kawal.
kan?
*angkat kening*
macam hidup dalam permainan.
dipermainkan oleh sesiapa yang berkenan.
salah. salah. salah.
bukan ini yang aku mahu dalam hidup tahu?
semua ini terlampau bercanggah.
dan serius, aku takkan mengalah.
aku mahu ubah.
kamu orang tengok sajalah.
*senyum sikit*
perkataan.
Jazmin.
pengakuan: betul. sungguh. aku rasa macam patung. aku rasa macam aku dah tak mampu mengawal aku. alaaa, kamu orang pasti tahu perasaan itu.
ps: 'Jazmin, diamlah!!!' kemudian. 'kenapa kau tak reti diam hah!' kemudian. 'faklah kau!'
No comments:
Post a Comment