Sunday, August 8, 2010

aku salah.


sorry. maaf. ampun.
aku pinta.
perlukah aku sujud pada tapak kaki kamu?
melutut mungkin?
apa perlukah?


*mengeluh*


sumpah. aku tak sengaja tinggalkan kamu sendiri terbengkalai ibarat kamu tiada maknanya bagi aku.
aku tak sengaja.
jadi, ampun. ampun. ampun.
maaf. maaf. maaf.

*diam*


aku mahu tanya pada kamu.
apa kamu tahu bagaimana rasanya tika aku dapat lihat wajah kamu?
tiada kata.
walaupun rambut kamu pada aku itu amat hodoh, tetapi, tetap tiada kata.
aku mahu lihat kamu selama mungkin.
tapi bila aku patah balik, kamu dah jalan pergi.
tinggalkan aku pula yang terkontang-kanting.
rasa bersalah menyelaputi diri.


*tarik nafas*


jadi di sini aku mahu cakap.
aku bangsat orangnya.
aku layan kamu macam tahi saja.
dan aku tahu salah aku di mana.
maaf aku mungkin lagi tiada guna.
tapi, masih lagi.
aku di sini.
meminta ampun walaupun aku tahu, aku tak layak pun terima.
ampun. maaf.


*hembus nafas*


aku minta ampun.
pandang aku.
aku menyesal.
aku salah.
aku bangsat.
aku minta maaf.
ps: rizqan.
pps: sorry.
coretan. si. penyesal.
Jaz.

1 comment: