Thursday, July 1, 2010

Jadi. Biar.

Kau pamerkan diri.
Seolah kau peduli.
Mata kau perhati.
Seolah aku punya dunia di hujung jari.
Bibir kau kumitkan sesuatu.
Tapi aku buat endah tiada mahu tahu.
Padahal hati memberontak mahu tahu.
Tapi tak mahu mengaku kerna malu.
Kemudian jarak kita kau rapatkan.
Perlahan. Sungguh perlahan.
Tidak terlintas untuk aku perasan.
Kini jarak kau hanya sedepa tangan.
Muka kau berkerut seribu.
Seolah kau mengerti apa yang aku gerutu.
Seakan bisa kau faham aku.
Yang takut ditinggal dalam gelap kelabu.

Kemudian.
Tangan kau mencapai.
Ke arah aku yang menggapai.
Agar bisa kau bangkitkan aku berdiri.
Agar bisa kau hulurkan segala apa yang aku cari.

Namun.. Haissh..
Terlekat padat pula kaki aku.
Sekeras-kerasnya batu.
Biarpun kau tarik semampu.
Bergerak sebatu tidak akan aku.

Jadi. Biar.
Biarkan saja.
Aku dibendung.
Biar saja aku dikurung.
Jadi. Biar.
Biarkan saja.
Walau tiadapun daya.
Biarkan saja.
Jadi. Biar.

Biarkan saja. Tiada apa boleh lagi aku kata. Selain: Biar.

coretan. bebelan.
Jaz.

2 comments:

  1. AnonymousJuly 07, 2010

    sungguh, ak ta mengerti apa yang cuba kau coretkan.
    apa yang kau meraban.
    sungguh,bole kau terangkan ?
    biar aku tak macam orang bingung baca bahasa setinngi gunung everest nih.

    -seyari-

    ReplyDelete