pedih.
itu yang aku rasa di balik mata aku. segala apa yang sedang cuba aku tahan hanya sedang berselindung di balik mata.
sayang.
apa bisa kamu lihat apa yang ada di balik mata aku? bisa kamu cuba sekali teka apa yang ada di balik mata aku?
ianya tangis, sayang. tangis aku pedih sayang. pedih aku itu sama seperti perit sayang. perit aku itu seolah tiadanya erti bagi kamu, sayang.
sekarang ini.
jika bisa, aku mahu jumpa kamu. jumpa kamu, dan kemudiannya bilang sama kamu:
'kamu kenapa? bisa kau bilang sama aku?'
'kamu kenapa sayang?'
'apa salah aku?'
'jangan biar aku begini.'
sayang.
cuba ku tahan apa yang ada di balik mata. cuba ku tahan mana yang semampu. sebelum ianya turun luruh derderai, bilanglah sama aku. apa salah aku pada kamu sayang.
di balik mata aku pedih.
pedih, sayang.
ps: heh... apa bisa kau bilang sama aku. apa
sebenarnya yang kamu sembunyi dari aku. aku
bukan si pembaca minda. kamu perlu bisik, jerit
,pekik sama aku. apa salah aku pada kamu.
pps: heh.
coretan.perkataan.pelikkan.
Jaz.
dah indon lah pulak. hahaha
ReplyDeletehehehehe... pelbagaikan bahasa.
ReplyDeletebagus bagus. lepas ni bahasa ape pulak la diletakkanye eh? hahahaha
ReplyDeleteentah... nak try french pulak r. haha. ;p
ReplyDelete