Friday, July 1, 2011

Cannibal.




pernah sekali aku dimakan dek manusia kanibal. dia kata kulit aku halus mulus licin. bila dilihatnya aku dari jauh, dia kata dia penasaran, hatinya gelisah, otaknya terfikir-fikir tentang kelazatan aku. senang kata, dia obses.

dari lirik mata dia yang panas dan tajam, 1 km jaraknya pun aku masih lagi terasa. t-shirt aku seperti terbakar dengan kepanasan tenungan dia. tekak aku kering dan jantung aku tak berhenti berlari. aku tahu yang aku akan dibaham. aku juga tahu tak kira betapa jauh aku lari, aku tak mungkin dapat lari dari dia kerana itu semua takdir. aku tahu.

sebab itulah aku diam pabila dia mendekati aku. sebab itulah aku tak bernafas bila dia menghidu aku. sebab itulah aku tak menjawab bila dia tanyakan aku siapa. aku diam dan aku diam dan aku diam. aku tak rasa yang dia mahukan apa-apa dari aku selain daripada daging aku.

tetapi dia hanya berdiri di hadapan aku. tegak dia berdiri seperti ukiran batu. kulitnya porcelain dan bibirnya merah awan maghrib. matanya memandang aku dengan pandangan yang penuh kasihan. hey, aku tak perlukan simpati empati, jika kau mahu membaham aku, baham saja, aku tak perlu semua itu, kata aku kepada dia. tetapi dia hanya memandang aku dengan mata kacanya. kemudian perlahan dia ambil kedua-dua belah tangan aku dan digenggamnya di tangan dia dan kemudian, perlahan-lahan dia kucup setiap satu tangan aku.

lembut.
halus.

kemudian ditatapnya kembali wajah aku. tanpa aku sedar, jantung aku sudah berada di dalam genggamannya. dalam. genggaman. dia. aku tak tahu bila, walhal aku perisaikan jantung aku dengan gadget yang paling berkelas didunia.

sucker, dia kata, dan kemudian dia menenggelamkan taringnya ke dalam jantung aku. sedalam-dalamnya.

heh, tertipu lagi nampaknya. kenapa aku percaya?


JazminFauzan

confession: nasihat untuk diri aku sendiri, biar aku tak hilangkan lagi jantung aku. nak bayar ganti rugi mahal gila. manalah aku pergi mengemis duit nak beli jantung baru.

ps: dia, awak nak nak buat macam tu kah?

No comments:

Post a Comment