Monday, November 8, 2010

aku tahu takkan ada yang akan baca di sini, itu pasal aku coret segala monolog dalaman aku disini. (:



assalamualaikum.

aku minta maaf kerana tidak aku serikan entri aku pada kali ini dengan gambar. roma malas menggeliat naik ke bulu kepala aku. malas mahu pilih gambar. malas mahu edit gambar serta malas mahu menunggu gambar di upload ke ruangan Tumblr ini.

aku mahu coret serba-serbi tentang tabiat aku yang aku rasa aku paling menyampah dengan. kalau boleh aku carik-carik tabiat aku itu keluar dari badan aku, serius, akan aku tenyeh pijak hina maki segala agar tabiat itu pergi melayang menangis jauh dan tidak akan lagi menjejakkan kakinya di dalam badan aku. tapi sayang, tabiat aku itu dah sebati dalam diri.

baiklah, ini tabiat aku.

aku sering, bahkan cenderung kepada keterbiasaan untuk membanding-bandingkan sesiapa dengan awak.

dan serius, sudah aku coret di atas tadi, aku sungguh benci dengan tabiat aku yang ini. heeiiisshhh. menyampah tahap karma aku dengan tabiat aku yang ini.

aku tahu, aku sepatutnya berhenti. tabiat boleh di buang, tapi, aku bodoh, aku masih lagi mahu pegang erat dengan tabiat aku yang ini kononnya agar, aku punya sesuatu untuk di bandingkan dengan. sudah aku beritahu sebelum ini bukan? aku bodoh. ya. ya. aku bodoh. sudah berjuta kali aku bilang, tabiat ini babian. banjingang. persis. persis sekali! arghh!

aku tak tahu, tetapi, setiap kali ada yang cuba mendekati aku, yang pertama-tamanya aku buat adalah, aku perhati gerakgeri, langkah, tutur, senyum, ketawa, lirik mata, suara, rupa, semuanya aku bandingkan dengan awak. walhal aku tahu sesungguhnya, tak mungkin ada di antara mereka yang mampu melangkah awak kerana serius, sungguh-sungguh aku cakap, tak akan ada.

kalau ada pun. entahlah. takkan ada. mungkin bila dan lama nanti akan ada, tetapi, sekarang, maaflah, takkan ada. ya, aku yakin. entah apa yang membuatkan aku yakin sebegini, aku sendiri tak pernah tahu. mungkin sebab, aku tahu, aku takkan dapat cari kemampuan untuk menipu diri sendiri oleh itu, apa perlunya aku mancuba bukan?

maafkan aku dengan apa yang bakal aku kata tapi awak macam pelang, mereka pula cuma awan hitam yang membelengu awak dan membuat awak menjadi lebih menyerlah dari biasa. tempias warna awak, aku tak boleh nak ungkap betapa indahnya ia sebenarnya.

pelangi, antara sesuatu yang paling indah pernah aku tatap di dunia. dan awak. hehh. awak bagai pelangi di mata aku. bukannya aku mahu kata yang awak ini mulia, cuma, hehh, awak cantik. antara benda yang paling halus dan penuh misteri di dunia. kalau mampu aku ungkai satu persatu aku akan ungkai, cuma, sayang, masa tiada kan.

tak ada siapa yang mungkin mampu menaikkan segala taraf yang dia punya untuk mencapai tempat yang dekat dengan awak di dalam hidup aku. takkan ada.

awak.




serius, aku tak pernah tahu bagaimana, apa cara yang awak buat sampaikan aku jatuh terelepuk berguling-guling sebegini dekat awak. yang aku tahu, serius, aku takkan mampu sekali pun untuk lepaskan awak dari kotak minda aku. tak kiralah betapa kuatnya aku cuba, ataupun betapa seringya. aku tahu, aku takkan mampu.


awak pelangi.

mereka awan yang menyerlahkan awak, menampakkan segala seri yang awak punya.

aku?

aku cuma seorang perempuan yang jiwanya habis ranap kosong roboh menangis berderai apabila menatap benda yang paling cantik di dunia.

dan tahu bahawa, walau apa pun yang aku buat, takkan mampu atau layak aku sentuh pelangi tersebut, kerana, aku sialan.

aku tak layak. berjuta tahun pun takkan layak. aku sedar aku siapa tetapi, aku masih lagi bodoh sebegini.

sungguh, awak yang pertama mampu buat aku mahu berpegang erat walaupun, tiada apa yang boleh aku berpegang dengan. sakit awak. sakit. tapi, aku masih lagi berdegil.

serius, takkan ada satu pun yang mampu menandingi awak.

(:


coretan.luahan.keluhan.

Jazmin

No comments:

Post a Comment