Saturday, June 9, 2012

orgasmic laugh.

assalamualaikum.
hai.

aku ada berita. aku sudah buka lembaran baru. aku rasa ini salah satu keperluan untuk aku terus hidup jika aku masih lagi punya nyawa.

jadi, blog pun aku buat baru.





harap kamu orang sudi melawat yang ini pula. ya? aku dah tak tulis di sini lagi. harap maklum. harap maaf.

blog ini sudah menjadi terlampau kecil untuk diri aku yang sedang membesar.

terimakasih untuk beberapa tahun yang indah.

salam.

bye.

Sunday, June 3, 2012

giliran sang sedih belum tiba.

assalamualaikum.

alhamdulillah.
orang seperti aku yang tak berpeluang belajar di tempat awam membawa diri ke tempat swasta.

alhamdulillah.
keluarga aku mampu membiayai pelajaran yang bukan calang2 harganya.

alhamdulillah.
di unisel, aku ditempatkan serumah dengan orang2 yang aku secara perlahan-lahan menyayangi mereka tanpa sedar.

alhamdulillah.
aku dikenalkan dengan orang yang baik2 belaka. yang sang celaka, Tuhan sorokkan dari pandangan aku.

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

tapi aku hanya perlu tunggu masa.
kerana, mahu tidak mahu, giliran sang celaka dan si sedih bakal menjelma.

namun,
dengan Tuhan yang menapung berat aku yang berkilo-kilo ini, aku yakin aku takkan senang2 biarkan diri aku jatuh.

sebenarnya,
aku tahu rahsia Tuhan. aku tahu yang aku bakal diketemukan dengan sang celaka dan sang sedih. aku tahu bahawa Tuhan buat semua ini biar aku belajar. kerana ilmu memang palat nak melekat dekat kepala kalau aku tak disuruh belajar cara susah.

alhamdulillah.
aku punya Tuhan yang hebat.

sang celaka.
sang sedih.

marilah.
aku mahu berantam. aku mahu jadi lebih kuat. akan aku hancur leburkan jiwa kamu.

alhamdulillah.
hati aku masih lagi penuh dengan adrenalin untuk belajar.

alhamdulillah.
alhamdulillah.

abahemak, insya Allah, aku akan buat kamuorang sedar bahawa wang ringgit yang kamuorang tabur itu bukanlah habuk semata.

alhamdulillah.
insya Allah.

j

confession: nanti aku poskan gambar. nanti ya.